Wednesday, August 24, 2016

Amalan 5S Yang Memurahkan Rezeki Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pernah dengar Amalan 5 S yang berasal dari negara Jepun?


Kalau anda seorang penjawat awam atau mana-mana organisasi yang biasa mengamalkan 5S tentu tidak asing lagi.

Amalan 5S Yang Memurahkan Rezeki Anda
Amalan 5S Yang Memurahkan Rezeki Anda

Amalan 5 S  tersebut adalah Sisih, Susun, Sapu, Selaras dan Sentiasa Amal.


Salah satu tujuannya adalah untuk mendapatkan suasana tempat kerja atau tempat belajar yang bersih tersusun dan cantik.


Tapi, hari ini saya kongsikan dengan anda Amalan 5S Yang Memurahkan Rezeki Anda.


Kalau ingin tahu, jom baca selanjutnya.

Amalan 5S Yang Memurahkan Rezeki Anda



✅ Solat


- Jaga 5 Waktu Solat
- Solat sunat Rawatib
- Jaga Solat Dhuha
- Awalkan Waktu Solat
- Solat tahajud

✅ Syukur


- Secara umum syukur terbahagi kepada 3 perkara iaitu : syukur dengan hati, percakapan dan perbuatan.
- Syukur Dgn Apa Yg Kita Ada
- Setiap Pagi Syukur Dgn Nafas Kita
- Setiap Pagi Syukur Dgn Kesempurnaan Pancaraindera
- Syukur ada Rumah, Kereta, Makan Minum, Ibu Bapa masih sihat, dll

✅ Selawat & Istighfar


- Amalkan selawat 1000 kali dan lebih
- Amalkan Istighfar 1000 kali dan lebih
- Selepas solat selawat dan Istighfar

✅ Sedekah


- Yakin ! yakin ! yakin
-  Rasulullah SAW berjanji bahawa tidak akan miskin orang yang bersedekah.
-  Bersedekah ganjarannya diampunkan dosa dan di tambah pahala.

✅ Senyum


- bila kita dilanda masalah, banyakkan senyum. Senyum adalah sedekah. - senyum menarik rezeki


Kelima-lima amalan ini adalah untuk memastikan kita sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT.


Satu Teknik penting Agar Rezeki Kita Tidak Bocor adalah dengan Sentiasa Menjaga Hubungan Dengan Allah SWT.


Kenapa perlunya menjaga hubungan dengan Allah SWT?


Sebabnya, semua rezeki yang ada di alam ini adalah milik Dia.


Kalau Allah SWT berkehendak memberi rezeki, tidak ada satu makhluk pun boleh halang.


Jadi, mintaklah dengan Allah SWT.

2 comments: